Dijenamakan semula kepada Al-Rahman Cafe dengan barisan pengurusan yang baharu bagi memberi perkhidmatan kulinari kepada semua pelajar Sekolah Islam Al-Rahman. InsyaAllah, bermula tahun 2021, para pelajar Sekolah Islam Al-Rahman dilengkapi dengan pakej makanan harian.
Dengan objektif untuk menyediakan makanan berkhasiat dan sesuai kepada semua pelajar, Al-Rahman Cafe bertekad untuk menyajikan makanan yang paling segar pada setiap hari untuk semua pelajar. Ini kerana makanan adalah salah satu unsur penting dalam perkembangan minda di samping pembentukan sahsiah dan jati diri para pelajar.
InsyaAllah, Al-Rahman Cafe akan memberikan perkhidmatan kulinari yang terbaik!