KES POSITIF
📝Pengurusan seperti biasa

 

KONTAK RAPAT MURID: Kes positif dalam kelas
📝Dapatkan maklumat lengkap kes positif murid.
📝Kenalpasti hari terakhir hadir ke sekolah.
📝Rakan yang hadir pada hari kes positif hadir merupakan kontak rapat.
📝Tatacara ini masih digunapakai.
📝Rujuk poster KKM bertarikh 1 Mac 2022 berkaitan pengurusan kontak rapat.
📝Guru kelas perlu mengenalpasti murid yang sudah vaksin @ belum.
📝Kebanyakan murid yang telah vaksin masih di bawah kategori TIDAK LENGKAP VAKSIN ( tiada dos penggalak ) & TIADA VAKSIN : murid-murid ini di bawah kategori KUARANTIN 7 HARI berkuatkuasa hari kes positif dilaporkan.
📝Kelas dikategorikan KELAS KUARANTIN -tiada istilah kelas ditutup.
📝Murid yang tidak hadir pada hari kes positif dikesan TIDAK dikategorikan sebagai kontak rapat.
📝Kelas beroperasi seperti biasa walaupun dengan kehadiran seorang murid. Keberadaan guru mengikut jadual.

 

CONTOH KES:

✅Ali didapati positif pada hari Isnin 21 Mac 2022 pada jam 5.00 petang.
✅Ali memaklumkan kepada guru kelas pada jam 5.30 petang.
✅Guru kelas perlu mengenalpasti murid hadir pada tarikh 21 Mac 2022 – untuk dikategorikan sebagai kontak rapat.
✅Keluarkan info rasmi kepada penjaga.
✅Murid lain yang tidak hadir pada 21 Mac 2022 perlu hadir ke sekolah seperti biasa.
✅Kongsikan poster KKM yang bertarikh 1 Mac 2022 kepada penjaga untuk mereka lebih memahami keadaan semasa.

 

JIKA KES KEPADA AHLI KELUARGA GURU
✅Rujuk poster tersebut.
✅Guru sudah vaksin? Sudah lengkap dos penggalak?
✅Kemaskini MySejahtera jika dikenalpasti sebagai kontak rapat bergejala.

🌷🤝Semoga perkongsian ini dapat membantu rakan-rakan menguruskan kes C19.