Alhamdulillah, bertemu lagi untuk KASUMA pada tahun ini. InsyaAllah, dengan lebih bersemangat!
4 kontijen akan terus berentap bagi merebut kejuaraan pada tahun ini; Kontijen Rumah Merah, Rumah Biru, Rumah Hijau & Rumah Kuning.
Untuk tahun ini, tema yang dipilih ialah “Oil & Gas” yang menampilkan Petronas, Petron, Shell dan Exxon Mobile.
Ayuh bersama kita meriahkan!!!

Meneruskan tradisi seperti tahun-tahun sebelumnya, Padang Awam Cheras Perdana sekali lagi akan menjadi saksi pertembungan sengit pada kali ini. Pantang menyerah sebelum kalah!

KASUMA tahun ini akan diadakan pada hari Ahad, 30 Julai 2023. Nantikan kelainan gimik pembukaan pada kali ini walaupun berkonsepkan ‘minimalist’ ala carte. Juga terdapat pelbagai gerai yang menjual makanan dan minuman sepanjang KASUMA berlangsung.

 

Latihan yang telah dirancang dari awal telahpun dilaksanakan sebaik mungkin.
Hampir 2 minggu persiapan terakhir diperincikan. Pertarungan demi pertarungan antara rumah sukan menyaksikan pertambahan mata markah yang dikumpul bagi melayakkan rumah sukan masing-masing bergelar juara.
Persaingan hebat adalah persaingan yang sihat. Benar kata Nabi: “Akal yang cerdas datang dari badan yang cergas”. Sesungguhnya sukan itu suatu ibadah!