Berpaksikan konsep ‘Mengintegtrasikan Akademik & Diniyyah’, Sekolah Menengah Agama Tinggi Al-Rahman ditubuhkan dengan satu objektif iaitu untuk melahirkan insan yang cemerlang duniawi serta ukhrawi. Agama dan kehidupan tidak boleh dispisahkan. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab pendidik untuk memastikan para pelajar terdidik dengan biah agama sejak dari bangku sekolah lagi.

Sebagai sebuah institusi pendidikan yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), SMAT Al-Rahman menggunakan silibus yang diperakui oleh JAIS & KPM disamping program-program rohani di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sehingga hari ini, lepasan SPM dari SMAT Al-Rahman telah berjaya melajutkan pelajaran ke pelbagai Universiti dan Kolej di dalam Malaysia. Juga begitu, ada jugak lepasan SPM dari SMAT Al-Rahman berjaya melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah, terutamanya Universiti Al-Azhar, Mesir dan juga Jordan.

Di samping guru-guru yang mempunyai kepakaran di dalam bidang masing-masing termasuk Diploma Pendidikan dan Ijazah Sarjana Muda, pihak sekolah juga turut memperkasakan tenaga pengajar dengan menyediakan Kursus Keguruan secara berkala hasil usahasama di bawah Program Keguruan bersama Pensayarah Pendidikan dari UPM.

 

This image has an empty alt attribute; its file name is Daftar-sekarang.png

6 thoughts on “SMAT

  • November 20, 2019 at 4:53 am
    Permalink

    Boleh saya dapatkan senarai yuran yang perlu dibayar untuk sesi persekolahan tahun 2020 ?

    Reply
    • November 28, 2019 at 3:42 pm
      Permalink

      Waalaikumussalam. Terima kasih kerana menghubungi kami. Untuk maklumat yuran, mohon puan hubungi@whatsapp Ustaz Aidil di talian: 018 388 8780. Terima kasih sekali lagi puan.

      Reply
  • November 24, 2019 at 11:42 am
    Permalink

    Assalamualaikum. Brp yuran pengajian utk tingkatan satu. Apa syarat kemasukan ke sekolah ini. Terima kasih

    Reply
    • November 28, 2019 at 3:41 pm
      Permalink

      Waalaikumussalam. Terima kasih kerana menghubungi kami. Untuk yuran dan syarat kemasukan, mohon puan hubungi@whatsapp Ustaz Aidil di talian: 018 388 8780. Terima kasih sekali lagi puan.

      Reply
  • January 5, 2021 at 2:44 pm
    Permalink

    Assalamualaikum. Brp yuran pengajian utk tingkatan satu. Apa syarat kemasukan ke sekolah ini. Terima kasih

    Reply
    • February 8, 2023 at 3:20 am
      Permalink

      Waalaikumussalam Puan. Untuk maklumat berkaitan yuran, puan boleh terus WhatsApp di sini ya: alrahman.edu.my/pendaftaran

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *