Berpaksikan konsep ‘Mengintegtrasikan Akademik & Diniyyah’, Sekolah Menengah Agama Tinggi Al-Rahman ditubuhkan dengan satu objektif iaitu untuk melahirkan insan yang cemerlang duniawi serta ukhrawi. Agama dan kehidupan tidak boleh dispisahkan. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab pendidik untuk memastikan para pelajar terdidik dengan biah agama sejak dari bangku sekolah lagi.

Sebagai sebuah institusi pendidikan yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), SMAT Al-Rahman menggunakan silibus yang diperakui oleh JAIS & KPM disamping program-program rohani di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sehingga hari ini, lepasan SPM dari SMAT Al-Rahman telah berjaya melajutkan pelajaran ke pelbagai Universiti dan Kolej di dalam Malaysia. Juga begitu, ada jugak lepasan SPM dari SMAT Al-Rahman berjaya melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah, terutamanya Universiti Al-Azhar, Mesir dan juga Jordan.

Di samping guru-guru yang mempunyai kepakaran di dalam bidang masing-masing termasuk Diploma Pendidikan dan Ijazah Sarjana Muda, pihak sekolah juga turut memperkasakan tenaga pengajar dengan menyediakan Kursus Keguruan secara berkala hasil usahasama di bawah Program Keguruan bersama Pensayarah Pendidikan dari UPM.