Bertemakan moto ‘Berilmu, Beramal, Bertaqwa’ Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Rahman memulakan langkah pertama pada tahun 16 Mac 2003 untuk mendidik pelajar di peringkat sekolah rendah. Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Rahman meliputi tahun 1 hingga tahun 6. Silibus yang diajar adalah berteraskan silibus dari Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sehingga tahun 2020, SRI INTEGRASI AL-RAHMAN mempunyai 20 orang tenaga pengajar yang terdiri daripada pelbagai latar pendidikan bermula dari Diploma Pendidikan hinggalah kepada Ijazah. Sehingga hari ni, bilangan kelas telah mencecah kepada 13 buah kelas di smaping fasiliti lain yang turut dipertingkatkan.

SRI INTEGRASI AL-RAHMAN bertekad untuk melahirkan generasi pelajar yang mantap dari segi agama di samping akademik bagi memenuhi keperluan duniawi dan ukhrawi. Sesi persekolahan bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang. Sepanjang waktu pembelajaran, para pelajar akan berehat selama 30 minit menikut darjah masing-masing. Pada setiap pagi, semua pelajar akan mengikuti sesi Al-Quran & Iqra yang bermula dari pukul 7.30 hingga 8.30 pagi. Kecuali pada hari Selasa, setengah jam pertama akan diperuntukkan kepada sesi perhimpunan yang menjadi rutin pada setiap minggu.

Mata pelajaran akedemik dan agama akan diselang-selikan sepanjang waktu pembelajaran. Bagi setiap subjek, masa minimum yang diperuntukkan ialah 30 minit, dan maksimum 1 jam 30 minit. Sesi pembelajaran akan ditangguhkan pada pukul 2.00 petang bagi memberi laluan kepada para pelajar untuk solat Zohor secara berjamaah di dewan sekolah. Pada sesi ini, para pelajar akan dididik untuk melazimkan diri dengan zikir-zikir sebelum memulakan solat. Selain itu, giliran imam solat juga akan dipilih dari kalangan pelajar untuk melatih mereka agar tidak kekok ke hadapan sebagai imam solat. Doa-doa dan zikir selepas solat juga diwajibkan untuk dihafaz oleh semua pelajar lelaki dan perempuan.

Bagi meastikan prestasi pelajar di tahap maksimum, pihak sekolah menyediakan tuisyen pada hari Sabtu sebagai kelas tambahan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar pada setiap tahun, UPKK, UPSR & PSRA. Kelas intensif mengeja dan membaca bagi tahap satu juga disediakan mengikut keperluan.
Assalamualaikum. maaf ingin bertanya. anak saya sudah daftar online utk kemasukan darjah 1 tahun 2021. Bagaimana saya nak tahu status anak samada lulus utk masuk ke sekolah sana atau tidak ya? bilakah tarikh pendaftaran sebenar? mohon dapat beri penjelasan. terima kasih
Waalaikumussalam. Puan boleh semak keputusan di sini: alrahman.edu.my/daftar. Masukkan nombor K/P anak untuk mengetahui status ๐
Untuk tarikh pendaftaran, insyaAllah akan dimaklumkan kemudian disebabkan ada perubahan taqwim oleh KPM ๐
Waalaikumussalam. Puan boleh rujuk di sini: alrahman.edu.my/daftar. Kemudian masukkan nombor Kad Pengenalan anak. Status anak puan akan terus dipaparkan ๐
Assalamualaikum, boleh sy dptkn yuran bg murid thn 1?..terima kasih
Waalaikumussalam. Untuk info berkaitan yuran puan boleh terus wasap di sini ya: alrahman.edu.my/pendaftaran
Terima kasih puan ๐
Assalamualaikum Tuan / Puan,bolehkah pihak pengurusan Sekolah Islam Al-Rahman berkongsi sedikit info mengenai yuran pendaftaran serta yuran bulanan yang dikenakan kepada pelajar yang berminat mengikuti pembelajaran di Sekolah Rendah Integrasi?
Terima kasih.
Waalaikumussalam. Untuk info berkaitan yuran, tuan boleh terus wasap di sini ya: alrahman.edu.my/pendaftaran
Terima kasih tuan ๐
Assalamualaikum.. boleh saya dapatkan bayaran yuran untuk kemasukan 2023 bagi tahun 2 dan syarat kemasukan.. terima kasih
Waalaikumussalam. Untuk info berkaitan yuranm puan boleh terus wasap di sini ya: alrahman.edu.my/pendaftaran
Terima kasih puan ๐
Assalamualaikum, sblum ni ank sy darjah 3 bersekolah SK. Boleh ke sy daftarkan ank sy darjah 4 di sekolah ini..