Pemimpin masa hadapan bermula disini!

Daftar sekarang atau datang terus ke sekolah.

Sekolah Islam Al-Rahman ditubuhkan pada tahun 2003, merupakan sebuah institusi pengajian Islam swasta yang terletak di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Tekad & Dedikasi kami adalah untuk menyediakan pendidikan Agama & Akademik secara holistik bagi melahirkan insan yang cemerlang Duniawi & Ukhrawi. Dikelolakan sepenuhnya oleh AL SAFFIAAI GROUP SDN BHD.

Selamat datang ke Sekolah Islam Al-Rahman

Sekolah Islam Al-Rahman menawarkan pendidikan bermula dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah yang terdiri daripada: Kelas Agama & Fardhu Ain (KAFA), Sek. Ren. Islam Integrasi (SRII) & Sek. Men. Agama. Tinggi (SMAT).

Sekolah Menengah

Dengan hasrat untuk melahirkan anak bangsa berjiwa Rabbani, wujudlah Sekolah Menengah Agama Tinggi Al-Rahman yang bermatlamat menginsankan remaja ke arah mengenal tuhan. 

Sekolah Rendah Integrasi

Bertemakan moto ‘Berilmu, Beramal, Bertakwa’ Sekolah Rendah Islam Al-Rahman memulakan langkah pertama pada tahun 16 Mac 2013 untuk mendidik pelajar di peringkat sekolah rendah.

Sekolah Rendah Kafa

Meneruskan agenda Jabatan Agama Islam Selangor, Sekolah Rendah Islam Al-Rahman atau dikenali sebagai Kelas KAFA telah ditubuhkan selaras dengan tujuan penubuhan sekolah-

Tinta Pengerusi

“Didikan agama adalah perkara penting yang perlu diberi perhatian selain pencapaian cemerlang dalam akademik. Pembangunan yang seimbang hanya mampu dicapai sekiranya masyarakat hari ini berjaya menguasai bidang agama dan pada masa yang sama mencipta kejayaan dalam bidang profesional.”

Almarhum Haji Saffiaai Bin. Haji Juri – Mantan Pengerusi (2003-2022)

Sebagai sebuah institusi agama, Al-Rahman berhasrat untuk melahirkan generasi murabbi yang berjaya di dunia dan akhirat disamping menjadi role model kepada masyarakat di luar sana sebagai ikon Islamik.
Puan Hajah Noraini Binti Osman – Penasihat

Tenaga pendidik Sek.Islam Al-Rahman

Dengan tekad untuk membina modal insan yang berjaya di dunia dan akhirat, barisan guru-guru Sekolah Islam Al-Rahman berikrar dengan sepenuh hati untuk memberikan sepenuhnya yang terbaik kepada anak didik Al-Rahman.