Sekolah Menengah Agama
Tinggi Al-Rahman (SMAT)
Gabungan
akademik dan agama
Gabungan matapelajaran akademik dan agama adalah konsep asal dimana matlamat penubuhan sekolah ini dibina. Selaras dengan keseimbangan diantara kedua-dua pengajian diharap dapat menjadikan pelajar-pelajar yang memiliki pengetahuan yang tinggi serta berwawasan.
Sehingga hari ini, lepasan SPM dari SMAT Al-Rahman telah berjaya melajutkan pelajaran ke pelbagai Universiti dan Kolej di dalam Malaysia. Juga begitu, ada jugak lepasan SPM dari SMAT Al-Rahman berjaya melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah, terutamanya Universiti Al-Azhar, Mesir dan juga Jordan.
Di samping guru-guru yang mempunyai kepakaran di dalam bidang masing-masing termasuk Diploma Pendidikan dan Ijazah Sarjana Muda, pihak sekolah juga turut memperkasakan tenaga pengajar dengan menyediakan Kursus Keguruan secara berkala hasil usahasama di bawah Program Keguruan bersama Pensayarah Pendidikan dari UPM.