Jawi SIAR [Keyboard Untuk Menulis JAWI]

Keyboard ini ada versi ‘remap‘ daripada keyboard Jawi UKM. Keyboard ini disusun dengan menggunakan kaedah  ‘phonetic‘ (Persamaan bunyi huruf) dan juga kaedah ‘grouping‘ (Gabungan huruf yang sama bentuk dalam satu kekunci).

Kekunci nombor juga ditukar kepada nombor Jawi. Manakala kedudukan simbol tidak ditukar. Baris asas untuk ayat Al-Quran dikekalkan, cuma bertukar kedudukan kekunci sahaja.

Sila rujuk kedudukan huruf jawi pada gambar di bawah:

NORMAL (TANPA menekan kekunci SHIFT)

SHIFT (DENGAN menekan kekunci SHIFT)

APLIKASI YANG SESUAI:
Microsoft Office (Berbayar)  https://www.microsoft.com
OnlyOffice (Percuma+Hampir sama dengan Microsoft Office) https://www.onlyoffice.com/
LibreOffice (Percuma) https://www.libreoffice.org/
Google Doc (Percuma) – Tidak support font: Arabic Typesetting

FONT YANG SESUAI:
– Arabic Typesetting
– Arial
– Courier New
– Microsoft San Serif
– Microsoft Uighur
– Sakkal Majalla
– Segoe UI
– Tohama
– Times New Roman

DOWNLOAD: JAWI SIAR v2
– Klik JAWI SIAR v2 di atas untuk download
– Gunakan Winzip/7zip untuk extract
– Cari file SETUP dan double click.
– Selesai

PERHATIAN!!
Bagi yang telah install JAWI SIAR dan nak install JAWI SIAR v2, sila ikut step di bawah:
1. Uninstall dahulu JAWI SIAR (Setting –> Apps –> Installed Apps –> Jawi SIAR –> UNINSTALL)
2. Restart Komputer
3. Install JAWI SIAR v2 mengikut step di atas (pada bahagian DOWNLOAD)

RUJUKAN Bugs pakej installer:
*JAWI SIAR – Ada kesilapan: tiada tanda SHADDAH.
*JAWI SIAR v2 – Tanda SHADDAH telah dimasukkan.

CARA AKTIFKAN KEYBOARD:
– Klik pada language di penjuru bawah kanan, pilih Arabic (Saudi Arabia) Jawi SIAR.