Bertemakan moto ‘Berilmu, Beramal, Bertaqwa’ Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Rahman memulakan langkah pertama pada tahun 16 Mac 2003 untuk mendidik pelajar di peringkat sekolah rendah. Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Rahman meliputi tahun 1 hingga tahun 6. Silibus yang diajar adalah berteraskan silibus dari Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sehingga tahun 2023, SRI INTEGRASI AL-RAHMAN mempunyai 20 orang tenaga pengajar yang terdiri daripada pelbagai latar pendidikan bermula dari Diploma Pendidikan hinggalah kepada Ijazah. Sehingga hari ni, bilangan kelas telah mencecah kepada 13 buah kelas di smaping fasiliti lain yang turut dipertingkatkan.
SRI INTEGRASI AL-RAHMAN bertekad untuk melahirkan generasi pelajar yang mantap dari segi agama di samping akademik bagi memenuhi keperluan duniawi dan ukhrawi. Sesi persekolahan bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang. Sepanjang waktu pembelajaran, para pelajar akan berehat selama 30 minit menikut darjah masing-masing. Pada setiap pagi, semua pelajar akan mengikuti sesi Al-Quran & Iqra yang bermula dari pukul 7.30 hingga 8.30 pagi. Kecuali pada hari Selasa, setengah jam pertama akan diperuntukkan kepada sesi perhimpunan yang menjadi rutin pada setiap minggu.
Mata pelajaran akedemik dan agama akan diselang-selikan sepanjang waktu pembelajaran. Bagi setiap subjek, masa minimum yang diperuntukkan ialah 30 minit, dan maksimum 1 jam 30 minit. Sesi pembelajaran akan ditangguhkan pada pukul 2.00 petang bagi memberi laluan kepada para pelajar untuk solat Zohor secara berjamaah di dewan sekolah. Pada sesi ini, para pelajar akan dididik untuk melazimkan diri dengan zikir-zikir sebelum memulakan solat. Selain itu, giliran imam solat juga akan dipilih dari kalangan pelajar untuk melatih mereka agar tidak kekok ke hadapan sebagai imam solat. Doa-doa dan zikir selepas solat juga diwajibkan untuk dihafaz oleh semua pelajar lelaki dan perempuan.
Bagi meastikan prestasi pelajar di tahap maksimum, pihak sekolah menyediakan tuisyen pada hari Sabtu sebagai kelas tambahan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar pada setiap tahun, UPKK, UPSR & PSRA. Kelas intensif mengeja dan membaca bagi tahap satu juga disediakan mengikut keperluan.